fbpx

‘Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung’ – Harith Iskander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan amfibia (kiri) dan Harith Iskander.

PETALING JAYA – Pelawak dan pengacara Harith Iskander tampil memberi penjelasan serta minta maaf berkenaan isu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tular di media sosial.

Harith dalam satu hantaran di laman Facebook menyatakan dia mengaku mungkin ciapannya di Twitter sebelum ini kurang jelas.

“Jika ada yang tersinggung, saya minta maaf sebab itu bukan niat saya.

“Saya seorang anak tentera dan dibesarkan di kem tentera, dengan itu cuba fikir apa niat saya nak kutuk ATM?” ujarnya.

Jelasnya, dia hanya memikirkan tentang kenderaan ATM yang tentunya dapat memudahkan pelaksanaan operasi menyelamat.

“Ketika kejadian banjir itu, kami mengambil masa lebih satu jam untuk bergerak sejauh satu kilometer kerana tersangkut akibat sampah.

“Waktu itulah saya terfikir tentang kenderaan amfibia milik tentera,” jelasnya.

Dalam pada itu, Harrith menegaskan bahawa dia tidak pernah mempersoalkan penglibatan ATM.

“Saya dah banyak bekerjasama dengan ATM dari segi memberi sumbangan dan saya monghormati anggota ATM setinggi-tingginya,” ujarnya.

Terdahulu, Harith mendakwa tidak melihat anggota ATM sepanjang empat hari dia berada di kawasan terjejas banjir iaitu di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI