fbpx

Remaja paling gemuk di dunia hilang 109 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arya, ketika sebelum dan selepas kehilangan berat badan sebanyak 109 kg. – Getty

JAKARTA – Seorang remaja  di wilayah Jawa Barat yang pernah digelar sebagai budak lelaki paling gemuk di dunia kini mampu menjalani kehidupan normal selepas hilang  berat badan sebanyak 109 kilogram (kg), lapor akhbar The Sun semalam.

Arya Permana, 14, pernah mempunyai berat badan mencecah 191 kg ketika berusia 11 tahun, namun kini berat badannya menurun kepada 82 kg.

Saiz badannya yang amat besar membuatkan dirinya sukar untuk melakukan pelbagai perkara termasuk perlu mandi menggunakan kolam di  luar rumahnya.

Dia juga tidak dapat berjalan melebihi beberapa langkah kerana akan menyebabkannya menghadapi kesukaran untuk bernafas.

Keluarga Arya juga tidak dapat mencari pakaian yang boleh dipakai remaja tersebut, justeru, dia hanya memakai kain pelikat serta menghabiskan masa dengan memakan makanan ringan kerana tidak dapat bersekolah.

Bagaimanapun, dengan mengamalkan rejim diet seimbang dan aktiviti senaman secara kerap selain pembedahan, Arya berjaya hilang sebanyak 104 kg dalam masa tiga tahun.

“Saya berasa amat gembira kerana kini dapat menjalani kehidupan sama seperti remaja lain dan melakukan aktiviti-aktiviti normal.

“Dahulu, saya hanya makan mi segera dan minuman berkarbonat serta jarang memakan nasi. Namun kini, misi utama adalah untuk menghilangkan berat badan dengan cara bersenam dan mengamalkan diet seimbang,” ujarnya.

Dalam pada itu, bapa Arya, Ade Somatri berkata, dia mengakui telah memanjakan anaknya dengan memberikan remaja itu pelbagai makanan ringan dan tidak sihat sejak kanak-kanak.

“Ketika berusia lima tahun dan telah pun mempunyai saiz badan yang berlebihan, saya dan isteri sering memenuhi permintaan Arya setiap kali dia mahu makan makanan dan minuman manis atau mi segera.

“Ya, saya telah memanjakan Arya,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI