fbpx

Pelanggan nasi kandar berang dilempar najis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok seorang wanita yang didakwa terkena najis berdekatan sebuah flat di Ayer Itam, George Town baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Sekumpulan pelanggan sebuah restoran nasi kandar popular di Ayer Itam di sini berang apabila mendakwa terkena najis yang dilempar individu dari tingkat atas sebuah flat berhampiran premis itu baru-baru ini.

Kejadian itu dirakam seorang pengunjung dipercayai adik beradik yang datang bercuti ke negeri ini dari Johor Bahru, Johor sebelum memuat naik menerusi aplikasi TikTok dua hari lalu.

Menerusi video tersebut, wanita dipercayai pemilik akaun TikTok itu telah merakam keadaan seorang lagi wanita dipercayai adik perempuannya yang didakwa terkena percikan najis yang dilempar dari tingkat atas flat ke kawasan tempat meletak kereta di situ.

Turut terkena percikan najis yang dipercayai dibuang di dalam bungkusan plastik adalah sebuah kereta jenis Hyundai berwarna putih yang didakwa milik adik wanita itu.

Kereta tersebut dikatakan telah diletakkan di kawasan parkir berhampiran premis nasi kandar berkenaan dan lokasi kejadian merupakan tempat terbuka.

Dalam pada itu, netizen yang menonton video tersebut kemudiannya turut meninggalkan pelbagai komen.

“Kampung Melayu ni turun temurun dah haih. Kami orang sini pun lebih pada tu dok kena. Apa pun pun next time (lain kali) mai parking jauh takpa,” komen seorang netizen.

“Adui saya sebagai wakil penduduk memohon maaf pada puan, saya dari kecil duduk (tinggal) berasa malu juga,” tulis seorang pengguna TikTok di ruangan komen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI