fbpx

Lima album terbaik 2021, Belagu masuk senarai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALBUM Yonnyboii, Taylor Swift dan Dayang Nurfaizah antara yang terbaik untuk tahun ini.

2021 tercatat sebagai tahun penuh mencabar buat semua orang akibat wabak Covid-19 yang masih menghantui dunia sehingga ke hari ini. Banyak rancangan tergendala dan tidak terkecuali buat mereka yang bekerja dalam dunia seni terutamanya para pemuzik.

Dalam gelanggang seni muzik tempatan, tidak ramai yang berani melabur wang dan keringat untuk menghasilkan album atau diskografi ‘penuh’ memandangkan kemungkinan besar pulangan modal tidak akan terjamin disebabkan jualan album yang kian malap.

Berikut adalah album studio pilihan penulis yang mempunyai kualiti tersendiri dan menjadi peneman pendengar tatkala dunia masih berhempas pulas mencari jalan keluar dari krisis berkait Covid-19.

Belagu, Yonny

Pun begitu, ada beberapa pemuzik atau pemain seni muzik tempatan yang mengambil risiko melahirkan album di tengah-tengah kebobrokan yang sedang berlaku. Terima kasih buat ratu R&B, Dayang Nurfaizah untuk Belagu dan ucapan penghargaan sama juga buat pemuzik muda, Yonnyboii atas peluncuran album berjudul Yonny yang dikongsikan kepada pendengar.

Kedua-dua album tersebut mempunyai kualiti tersendiri dari segi simfoni rakaman, identiti muzik bahkan listrik vokal yang mempesona (ya, kenyataan tersebut ditujukan buat Dayang!). Syabas dan terima kasih untuk kalian kerana terus membakar obor semangat melahirkan muzik berkualiti dengan realiti penerbitan sebuah album.

Sour (Olivia Rodrigo)

OLIVIA RODRIGO

Tempat pertama menjadi pilihan penulis adalah album daripada pendatang baharu Hollywood bernama Olivia Rodrigo. Kalau dari segi kekinian atau ‘timelessness’, Sour memang juara. Album debut Olivia tersebut pantas meletakkan nama wanita itu sebagai antara bintang muzik yang perlu diberikan perhatian untuk hari mendatang.
Secara peribadi, kesemua 11 trek yang terkandung dalam album tersebut bersifat ‘mesra pendengar’. Kalau penulis mempunyai wang bertimbun dan berstatus penerbit album berkenaan, memang tidak kisah untuk melabur wang dan tenaga menjadikan semua lagu sebagai single kerana memang sedap belaka. Pun begitu, kalau diberikan pilihan antara lagu yang menjadi siulan, Happier dan Brutal duduk di senarai utama.

Love For Sale (Tony Bennett, Lady Gaga)

Sebuah album jazz, Love For Sale menjadi pilihan kerana perkongsian kali ini merupakan yang terakhir buat penyanyi legenda, Tony Bennett yang sudah bersara disebabkan masalah kesihatan iaitu Alzheimer. Apa yang membuat penulis kagum, biarpun berperang dengan penyakit tersebut, Tony tetap Tony. Seorang legenda muzik yang tiada tolok bandingnya.
Bergandingan sekali lagi dengan Lady Gaga (album kolaborasi pertama mereka Cheek To Cheek), Love For Sale membuktikan, biarpun waktu mencemburui kita dalam kehidupan, muzik menerusi satu dimensi lain mungkin menjadi faktor penyembuh. Seperti biasa, Gaga turut memberi sepenuh jiwa raganya dalam album tersebut sehingga melayakkan dia dan Tony menerima enam pencalonan Grammy 2022.

LADY Gaga dan Tony Bennett.

Evermore (Taylor Swift)

‘Sekuel’ untuk album Folklore, Evermore membuktikan Taylor Swift sememangnya seorang pemuzik yang berwawasan dan mempunyai banyak ideologi bergeliga dalam mindanya. Penulis perlu memberikan ‘tabik spring’ terhadap Taylor kerana melahirkan sebuah diskografi yang menonjolkan vokalnya semakin padu, karakter lagu luar biasa dan eksperimentasi tidak berbelah bahagi.
Kalau kebanyakan orang ‘mati kutu’ waktu pandemik, Taylor berlainan naratifnya. Dia bertemu keamanan melahirkan muzik berkualiti. Trek kegemaran penulis? Willow dan yang lain-lain tidak berapa mesra pendengar, namun tetap terkandung kualiti dari segi komposisi muzik dan lirikal.

Montero (Lil Nas X)

Album Montero barangkali tercatat sebagai yang paling ‘daring’ bagi tahun 2021. Pada masa sama, terus melazimkan nama Lil Nas X sebagai penyanyi dan pemuzik. Ramai orang fikir, selepas Old Town Road, kerjaya seninya akan tergantung sebagai one hit wonder, namun sebaliknya yang berlaku. Dua single utama iaitu Montero dan Industry Baby masing-masing meroket di tangga pertama carta lagu popular, Billboard Hot 100.
Biarpun berdiri sebagai penyanyi yang sering mencetuskan kontroversi disebabkan ideologi bersifat liberalnya, Lil Nas X terus melangkah sebagai penyanyi lelaki paling popular global. Perkara tersebut dipadukan dengan peluncuran album berjudul Montero.

Donda (Kanye West)

Barangkali ramai yang mempersoalkan mengapa album Kanye West berjudul Donda terselit antara pilihan menggenapkan senarai. Kalau boleh diklasifikasikan secara peribadi, Donda merupakan album paling sentimental dan ‘jujur’ pernah didengari penulis untuk 2021. Kalau Kanye diibaratkan seulas bawang, satu lagi lapisan kulit berjaya dikupas dan memberi realiti alam.
Donda walaupun kurang menyerlah dari segi jualan (terutama berbanding Certified Lover Boy), album kali ini membuktikan Kanye sama sahaja seperti manusia lain walaupun bergelar orang terkenal. Hati dan perasaan tetap terkandung dalam dirinya sama seperti kita semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI