fbpx

Lelaki keluar ‘dating’ dengan tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stanojevic memuat naik pengembaraan itu menerusi hantaran di Facebook. - Facebook

CANBERRA – Seorang jurugambar di Australia menjadi tular selepas membawa sebuah tong sampah keluar bersiar-siar, lapor akhbar New York Post semalam.

Perkara tersebut berlaku selepas jiran kepada Carl Stanojevic iaitu Nick Doherty mengirim teks pesanan ringkas kepada Stanojevic, meminta lelaki itu ‘membawa tong sampahnya keluar’ sepanjang ketiadaannya di rumah.

Dia bagaimanapun bermaksud supaya Stanojevic mengosongkan tong sampah tersebut.

Stanojevic membalas pesanan ringkas itu dengan bergurau dan bertanyakan sekiranya Doherty mempunyai tempat spesifik bagi tong sampah itu.

Stanojevic kemudian benar-benar membawa tong sampah berwarna hijau itu keluar berjalan-jalan selama lima jam di sekitar bandar Queensland dan mengunjungi beberapa lokasi popular seperti restoran dan bar.

Dia juga turut membawa tong sampah itu ke kolam itik, kedai perkakasan, membeli barangan runcit dan mendapatkan rawatan penjagaan diri dan memuat naik pengembaraan itu menerusi hantaran di Facebook.

“Nick Doherty, anda meminta saya membawa tong sampah anda keluar, jadi saya berbuat begitu,” demikian kapsyen yang ditulis Stanojevic pada hantaran itu.

Sementara itu, Doherty berkata dia bimbang tentang ‘perasaan’ tong sampah itu terhadap Stanojevic.

“Stanojevic pasti telah meningkatkan harapan tong sampah saya sekarang.

“Saya perlu mula membawa ia keluar dengan kerap, atau ia akan mencari pemilik lain,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI