fbpx

Ketua Jurulatih Ragbi Terengganu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izaimi meninggal dunia akibat jangkitan kuman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Ketua Jurulatih Pasukan Ragbi Terengganu (TRT), Izaimi Zainuddin, 48, meninggal dunia akibat jangkitan kuman di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL pada pukul 4.45 petang.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Terengganu (PRT), Amir Amri Muhammad berkata, Izaimi telah dimasukkan ke wad HKL pada Selasa lalu sebelum menjalani pembedahan kerongkong kelmarin.

Beliau berkata, tahap kesihatan Izaimi semakin merosot selepas pembedahan itu sehingga terpaksa dirawat di ICU hospital sama selama dua hari sebelum meninggal dunia.

“Allahyarham yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan merupakan watak penting yang membawa Terengganu menjulang Piala Agong mengalahkan Sabah di perlawanan akhir pada 2019.

“Beliau juga melatih skuad Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu sejak 2017 selain pernah membimbing pasukan Bawah-17 (B-17) dan Bawah-15 (B-15) negara pada tahun 2011 dan 2016,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Amir Amri berkata, Allahyarham telah banyak menyumbang tenaga, idea dan membangunkan sukan ragbi di Terengganu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor pada pagi esok. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI