fbpx

Kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kapal kargo ditahan selepas dipercayai berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.7 batu nautika Barat Bagan Ajam, Butterworth semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal kargo yang dipercayai berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.7 batu nautika barat Bagan Ajam, Butterworth dekat sini semalam.

Kapal kargo ‘MV KONG’ sepanjang 59.97 meter yang didaftarkan di Sierra Leone itu ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan sembilan kru dan nakhoda terdiri tiga warga Indonesia serta enam warga Iran berusia antara 34 hingga 47 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal dan kru tersebut kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk tindakan selanjutnya. Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau memberitahu, Maritim Pulau Pinang akan terus mempertingkatkan pemantauan dan rondaan di sekitar perairan negeri ini serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

Tambahnya, orang awam diminta agar bekerjasama dalam melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau 04-2643650. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI