fbpx

Jemaah umrah lepas gian tebar roti canai di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan Anuar menunjukkan skil tebarannya di sebuah restoran di Mekah.

PETALING JAYA – Aksi seorang jemaah umrah menebar roti canai di Mekah mendapat pelbagai reaksi di media sosial.

Melalui video yang dikongsikan di laman Facebook Muhd. Anuar menunjukkan dirinya sedang menikmati peluang menebar roti canai di sebuah restoran di kawasan tersebut.

Lebih menggagumkan, Anuar juga memiliki skil yang tersendiri dalam menebar roti canai yang nampak lebih unik.

“Saya tak jangka ada restoran roti canai di sini, tepungnya pun lembut tidak sama seperti di Malaysia.

“Apa pun, dapat jugaklah lepas gian menebar, memang sedap,” katanya dalam hantaran yang sama.

Susulan daripada itu, orang ramai turut tertarik mengenai restoran tersebut dan memuji skil Anuar menebar.

“Wah, padu. Mekah di kawasan mana ni?” tanya Azman.

“Peh merecik, terbaik bos,” kata Arman. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI