fbpx

Jadi wajah, ikon Korea Selatan, RM akui tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RM bersama kumpulannya, BTS.

MENJADI kumpulan yang cukup berpengaruh di seluruh dunia membuatkan anggota BTS iaitu RM turut merasai tekanan tersendiri.

Manakan tidak, mereka bukan sahaja bergerak sebagai artis semata-mata, malah menjadi wajah dan ikon kepada negaranya, Korea Selatan.

Justeru, RM sendiri merasakan tanggungjawab diletakkan di bahu mereka adalah satu amanah besar dan bukan satu perkara remeh.

“Ada masanya dapat mewakili negara terasa sangat menyeronokkan. Tetapi ada ketika boleh memberi tekanan besar.

“Saya berpendapat, inilah takdir perlu kami akur sebagai peringatan untuk melakukan yang terbaik selagi termampu,” katanya.

RM atau yang merupakan ketua BTS turut mengakui bergelut kerana meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam dirinya bagi mencapai sesuatu.

“Andai saya beralih ke bidang lain dan orang meletakkan harapan tinggi, saya mungkin tidak mampu penuhi harapan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI