fbpx

Hujan berterusan 30 Disember hingga 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Maklumat terkini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan timur Sabah berpotensi mengalami hujan berterusan mulai 27 hingga 30 Disember ini.

Hujan berterusan berpotensi berlaku di barat Sarawak mulai 29 hingga 31 Disember 2021, manakala Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan mulai 30 Disember ini hingga 1 Januari 2022.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung pada 26 Disember ini hingga 1 Januari 2022.

“Orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.

“MetMalaysia terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan dan Amaran Ribut Petir bila keadaan perlu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhammad Helmi berkata, potensi berlaku hujan berterusan di kawasan terbabit berdasarkan analisis model MetMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Jelas beliau, MetMalaysia meramalkan akan berlaku luruan monsun pada 27 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 dan pada masa yang sama terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI