fbpx

Harga sayur, ayam dan telur turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar

PETALING JAYA – Harga sa­yur-sayuran dan ayam yang me­ngalami kenaikan sehingga membebankan pengguna sebelum ini telah menunjukkan penurunan.

Selain itu, harga ayam stan­dard dan telur turun melibatkan 1,259 premis di Semenanjung.

Penurunan harga sayur melibatkan 1,500 premis sejak 22 Di­sember lalu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi akaun Twitter rasminya semalam.

“Harga brokoli turun 23.3 peratus daripada RM20 kepada RM15.35, manakala kubis juga turun 30.8 peratus daripada RM6 kepada RM4.15,” katanya.

Kata kenyataan itu, cili ke­ring pula turun daripada RM19 kepada RM15.64 dan sayur sawi turut daripada RM8 kepada RM5.71.

Harga ayam standard dan te­lur di Semenanjung pula turun antara 0.8 hingga 4.2 peratus.

“Harga ayam standard RM9.30 sekilogram turun kepada RM8.91 dan telur gred B pula RM12.60 kepada RM12.47 bagi 30 biji telur,” jelasnya.

November lalu, Kosmo! me­laporkan harga sayur naik di beberapa buah ne­geri sejak secara mendadak.

Harga sayur kubis, sawi, brokoli, kacang buncis dan cili merah dilaporkan meningkat RM2 hingga RM8.

KPDNHEP sebelum ini me­nyatakan peningkatan itu di­sebabkan ada kaitan dengan harga baja serta racun yang naik di pasaran dunia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI