fbpx

Bomba terus pantau banjir di tujuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan ketika di sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana Taman Sri Muda di sini hari ini.

SHAH ALAM – Sebanyak tujuh negeri masih berada dalam pemerhatian bencana banjir oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) setakat pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, negeri terbabit adalah Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kuala Lumpur membabitkan 24 buah daerah.

“Paras air di Kelantan tidak berubah sementara di Pahang menunjukkan trend (paras air) menurun, tetapi naik di Bera dan Maran.

“Paras air di Melaka, Selangor dan Perak semakin menurun manakala (paras air) Negeri Sembilan kekal.

“Paras sungai berstatus bahaya ada tiga iaitu di Pahang di Sungai Bera, Sungai Kundang dan Sungai pahang di kawasan Lubuk Paku,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana Taman Sri Muda di sini hari ini.

Mohammad Hamdan berkata, fokus utama JBPM ketika ini adalah meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang iaitu dua kes di Bentong, satu kes masing-masing di Raub dan Kuantan.

Menurut beliau, usaha tersebut bagaimanapun agak mencabar disebabkan keadaan selepas banjir dipenuhi batang kayu, sampah, selut dan bahan binaan dari resort yang musnah.

Selain itu, katanya, pihaknya terus memantau 13 kawasan yang dianggap berbahaya iaitu di Pahang, Sarawak (34) dan Selangor (20) ekoran risiko berlaku gelombang kedua banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI