fbpx

Banjir: Kerja baik pulih sekolah terjejas dilakukan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi melihat perkakas komputer yang rosak di SMK Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin mengarahkan supaya kerja-kerja baik pulih di sekolah-sekolah yang terjejas banjir baru-baru ini dilakukan segera.

Radzi berkata, KPM komited memastikan semua sekolah yang terlibat dalam kejadian banjir besar baru-baru ini diberi perhatian segera.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan selesa kepada anak-anak generasi pewaris negara.

“Petang semalam, saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda, Shah Alam bagi meninjau keadaan infrastruktur sekolah selepas ditenggelami air akibat banjir besar minggu lalu.

“Selain SMK Taman Sri Muda, terdapat lapan buah sekolah lagi dalam kawasan sekitar turut terjejas. Di SMK Taman Sri Muda, selain bilik darjah, bilik khas lain yang rosak teruk adalah bengkel, makmal sains dan juga makmal komputer,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, beliau difahamkan, seramai 34 orang guru sekolah berkenaan juga turut terkesan akibat banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI