fbpx

Banjir: Jumlah mangsa di Perak menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR banjir di kawasan rumah penduduk di Changkat Jong, Teluk Intan semakin surut.- Foto IHSAN APM

TELUK INTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 95 orang setakat pukul 10 pagi ini berbanding 105 orang pada pukul 10 malam tadi.

Keadaan cuaca yang semakin baik sejak pagi membolehkan mangsa pulang ke rumah untuk membersihkan kediaman masing-masing.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, air banjir di beberapa kawasan terjejas telah surut namun masih terdapat beberapa kawasan yang airnya bertakung di halaman rumah.

Katanya, paras air di halaman rumah hanya setinggi 0.5 meter dan mengambil sedikit masa untuk proses pengepaman air keluar.

“Pam dipasang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengepam air dari kawasan Lorong Mesra ke Sungai Sungkai Mati,” katanya.

Menurutnya, dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka masih lagi beroperasi bagi menempatkan kesemua mangsa daripada 24 keluarga itu.

“PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di Changkat Jong kini menempatkan 38 orang daripada lapan keluarga manakala Dewan Bandaran Teluk Intan pula menempatkan 57 orang membabitkan 16 keluarga,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI