fbpx

Banjir: 54,532 mangsa di 7 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl (tengah) membawa perkembangan terkini banjir melibatkan tujuh buah negeri pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Sri Muda, Seksyen 25 di sini hari ini.

SHAH ALAM – Seramai 54,532 mangsa banjir ditempatkan di 334 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh buah negeri setakat pukul 4 pagi pada Sabtu (25 Disember).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah mangsa ini melibatkan negeri seperti Pahang, Selangor, Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak dan Melaka.

Katanya, Pahang merupakan negeri yang paling terkesan dengan jumlah 29,108 mangsa.

“Setakat ini, jumlah mangsa di negeri lain Selangor negeri kedua tertinggi 23,302 mangsa selain Kelantan (974), Negeri Sembilan (292), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (278), Perak (105) dan Melaka (38),” katanya pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Sri Muda, Seksyen 25 di sini hari ini.

Tambah Acryl, 46 kematian akibat banjir turut direkodkan setakat ini dengan negeri Selangor mencatatkan jumlah tertinggi seramai 25 mangsa.

“Manakala 18 lagi di Pahang dan tiga mangsa di Kelantan. Secara kolektifnya seluruh negara, bencana banjir mengakibatkan 46 kematian dan lima dilaporkan masih hilang,” ujarnya.

Jelas beliau, sebanyak 68 lokasi jalan raya masih ditutup melibatkan empat buah negeri iaitu Pahang dengan 46 lokasi diikuti Selangor (14), Negeri Sembilan (5) dan Kelantan (3). – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI