fbpx

Banjir: 43 individu termasuk tiga wanita ditahan kerana mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan di sebuah pasar raya ketika dipecah masuk baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 43 individu termasuk tiga wanita ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian di kawasan bencana banjir di Selangor bermula 17 Disember hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya tidak menerima laporan berkenaan kejadian kecurian seperti itu di negeri-negeri lain.

“Kita telah membuka sebanyak 13 kertas siasatan berhubung kes kecurian dalam kawasan banjir di Selangor.

Abd Jalil.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak empat kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (mencuri motosikal).

“Sembilan kes pula disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh pasar raya atau kedai,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kesemua kes masih dalam siasatan dan ia akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin untuk tindakan lanjut.

Katanya, orang ramai dinasihatkan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda disamping mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan serta ketenteraman awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI