fbpx

Anak sihat rupanya ada radang otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIF memangku Nasywah Arif yang diserang sawan secara tiba-tiba di Johor Bahru baru-baru ini.

SEREMBAN – Seorang jurulatih petanque Negeri Sembilan tidak menyangka anak lelakinya yang disangka sihat selama ini rupa-rupanya menghidap penyakit radang otak.

Atif Sheikh Ismail, 39, berkata, segalanya terbongkar selepas anaknya, Nasywah Arif, 12, di­serang sawan ketika mengikutnya ke satu kejohanan di ­Majlis Sukan Negara (MSN) Johor baru-baru ini.

Katanya, anak lelakinya itu disahkan menghidap penyakit tersebut oleh doktor yang mera­watnya di sebuah hospital swasta di Johor Bahru lima hari lalu.

“Sebelum ini, saya lihat anak saya sihat. Sebelum kejadian, dia mengikut saya ke MSN Johor kerana saya membawa pasukan Sukma Negeri Sembilan bertan­ding petanque di situ.

“Bagaimanapun, ketika sesi penyampaian hadiah, anak saya tiba-tiba diserang sawan selama 30 hingga 45 minit dan saya terus membawanya ke sebuah hospital di Johor Bahru,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, hasil pemeriksaan, anaknya disahkan menghidap radang otak yang agak teruk.

Atif yang berasal dari Chembong, Rembau memaklumkan, ekoran itu dia terpaksa berada di Johor Bahru selama 21 hari bagi proses rawatan anaknya itu.

“Ketika ini saya membayar kos rawatan menggunakan wang simpanan saya sebanyak RM20,000. Anak saya mempunyai insurans perlindungan perubatan, namun tak tahu sama ada ia melindungi penyakit berkenaan atau tidak.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Rembau pun masih belum beri maklumat lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Atif yang juga seorang pensyarah di Institut Latihan Perindustrian Pedas, Rembau menjelaskan, dia tidak berniat untuk merayu derma, namun ada pihak yang telah menularkan kisah itu.

Mereka yang ingin menderma bagi menampung kos rawatan boleh menghubungi Atif di talian 012-616 9027. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI