fbpx

Agong santuni mangsa banjir di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah meluangkan masa melawat mangsa banjir di PPS CIAST, Shah Alam hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat melawat mangsa banjir di Pusat Permindahan Sementara (PPS) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam hari ini.

Istana Negara menerusi laman Facebooknya memaklumkan, pada lawatan selama dua jam itu, baginda berkenan mengurniakan bantuan berbentuk barang keperluan harian dan sumbangan wang tunai kepada mangsa.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan menziarahi beberapa rumah mangsa di kawasan perumahan tersebut serta beramah mesra bersama keluarga-keluarga yang terkesan akibat banjir,” katanya.

Turut berangkat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sebanyak 17,656 mangsa banjir di 99 PPS dicatatkan di Selangor, setakat semalam.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI