PASIR MAS – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui selepas perahu yang dinaikinya dipercayai terbalik dalam kejadian di Kampung Gual Periok di sini pagi tadi.
Mangsa, Musatapa Nawang, 65, ditemui anak saudaranya Nazmi Nazlan, 27, pada pukul 7.40 pagi semasa menjalankan gerakan mencari warga emas itu selepas mangsa tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, anak saudara warga emas itu telah keluar bersama empat rakan untuk mencari mangsa di kawasan sekitar kira-kira pukul 6.30 pagi.
“Semasa melakukan pencarian itu, salah seorang daripada rakannya telah menjumpai sebuah perahu dalam keadaan terbalik.
“Pemeriksaan di sebelah perahu itu telah menemui mayat mangsa yang sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE