PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan bahawa sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 yang sepatutnya bermula 2 Januari dan 3 Januari 2022 ditangguhkan seminggu.
Menterinya Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, mengambil kira situasi banjir ketika ini, sesi persekolahan akan bermula pada 9 Januari dan 10 Januari bagi kumpulan A dan kumpulan B.
“KPM amat cakna dan prihatin terhadap kebajikan guru, murid dan ibu bapa yang terkesan dengan situasi banjir semasa.
“Kita fahami bahawa mereka memerlukan masa untuk kembali menyiapkan keperluan sebelum dapat memulakan sesi persekolahan,” katanya di sini hari ini.- K! ONLINE
Saya kongsikan penjelasan mengenai ketetapan terkini KPM berhubung pembukaan sekolah bagi penggal 3 Tahun 2021/2022.#KPMPrihatin pic.twitter.com/yUkSURzDId
— Radzi Jidin (@RadziJidin) December 24, 2021