fbpx

Thailand rampas dadah bernilai hampir RM126 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan guni-guni berisi pil methamphetamine dan amphetamina yang dirampas oleh pihak berkuasa Thailand pada 26 Jun lalu. - AFP

BANGKOK –  Pejabat Kastam Pelabuhan Bangkok merampas lebih 193 kilogram amphetamina  yang disembunyikan di dalam beberapa buah beg tumbuk bagi  penghantaran ke Australia, lapor laman berita Wion News semalam.

Dadah tersebut disembunyikan di dalam 15 buah beg tumbuk.

Kesemua narkotik itu bernilai  kira-kira AS$30 juta (RM125.9 juta)  di Australia.

Beberapa pegawai ketika bercakap pada satu sidang akhbar berkata, pihak berkuasa kastam Thailand berasa curiga kerana beg latihan Muay Thai tidak mendapat permintaan yang banyak di Australia. Mereka kemudian memeriksa rapi penghantaran tersebut. 

Namun,  pihak berkuasa berkenaan tidak memberikan butiran bila dadah itu dirampas.

“Penduduk Australia mengambil sekitar 11 tan dadah methamphetamine setiap tahun dan membelanjakan AS$11 bilion (RM46.1 bilion) untuk narkotik, justeru terdapat pasaran untuknya di negara ini.

“Kejayaan  memintas bekalan dadah di luar pesisir seperti Thailand adalah sesuatu yang hebat dan kami berterima kasih di atas kerjasama Bangkok,” kata Pemangku Superintendan Pasukan Pengawal Sempadan Australia, Joel Carruthers.

Pengeluaran methamphetamine di kawasan Segitiga Emas meningkat secara drastik sejak beberapa tahun lalu, demikian menurut Pejabat Hal Ehwal Narkotik dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lokasi tersebut terletak di kawasan sempadan antara  Thailand, Laos dan Myanmar.

Pihak berkuasa Thailand dan Australia masih menyiasat rampasan terbaru itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI