fbpx

Solat hajat selepas solat Jumaat di masjid, surau Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Semua masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di Selangor disarankan melaksanakan solat hajat dan munajat selepas mendirikan solat Jumaat, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, usaha rohani itu bagi memohon pertolongan Allah agar Selangor khususnya dan negara ini amnya terus dijauhkan daripada ancaman wabak dan musibah.

Selain itu, katanya, bagi memohon kepada Allah agar semua mangsa-mangsa banjir diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi bencana banjir ini.

“Menyedari penularan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir dan beberapa negeri di Malaysia termasuk Selangor baharu diuji dengan musibah banjir yang mengakibatkan kemusnahan harta benda, kemudahan awam dan meninggalkan trauma kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

“Sehubungan itu, semua pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat Selangor dipohon untuk melaksanakan solat hajat dan munajat selepas mendirikan Solat Jumaat pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI