fbpx

Siapa Rizal Mansor, saya ada suami tidur dengan saya – Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika tiba di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah meminta bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor berunding bagi pihaknya untuk mendapatkan rasuah RM6.5 juta membabitkan projek solar hybrid di Sarawak.

Dalam pemeriksaan semula hari ini oleh peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader, Rosmah berkata, beliau tidak perlu menggunakan Rizal kerana saksi pendakwaan ke-21 hanyalah seorang pekerja biasa.

Ujarnya, beliau boleh sahaja meminta bantuan daripada suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu seorang Perdana Menteri.

“Saya tidak pernah mempergunakan dia (Rizal), itu tidak betul. Buat apa saya nak gunakan dia, suami saya ada. Siapa Rizal Mansor,” katanya.

“I never asked him (saya tidak pernah cakap) (Rizal) to negotiated (berunding) bagi pihak saya. As far as I’m concerned, he is just a staff (setahu saya, dia hanya pekerja biasa).

“Kalau saya hendak perkara itu (dapatkan rasuah), why do I have to go throught Rizal, I’ve got a husband who sleep with me. I cannot tell him to do it? Sama ada dia (Najib) setuju atau tidak, that is up to him, ” katanya. (kenapa saya perlu melalui Rizal sedangkan saya ada suami yang tidur dengan saya.  Saya tidak boleh menyuruh dia melakukannya?  Sama ada dia (Najib) setuju atau tidak, itu terpulang kepada dia).

Rosmah turut memberitahu, jika ada mana-mana pihak (kontraktor atau ahli perniagaan) datang kerana memerlukan sesuatu, mereka diminta untuk bertemu dengan suaminya sendiri iaitu Najib.

Sementara itu, ditanya mengenai yang individu menjadikannya sebagai ‘kambing hitam, Rosmah berkata pertuduhan yang dikenakan merupakan satu konspirasi terhadap diri dan keluarganya, selain bertujuan untuk memalukan Najib.

Beliau memaklumkan, Rizal, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad menuding jari padanya kerana mahu dilepaskan daripada pertuduhan.

“Keempat-empat individu ini patut didakwa atas kesalahan yang dilakukan, tetapi mereka nak lepaskan diri daripada didakwa kerana sudah melanggar tatacara serta undang-undang,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung lagi 10 Januari 2022.

Mengikut pertuduhan Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd., Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Beliau turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI