fbpx

‘Saya tak keluar, duduk dalam lori saja’ – Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEDAR ramai yang prihatin dengannya, Ernie berkata, dia akan lebih berhati-hati selepas ini sebelum terlibat dengan sebarang akiviti.

PETALING JAYA – “Suami larang tetapi saya nak sangat lihat situasi mangsa banjir.”

Demikian respons penyanyi Ernie Zakri selepas dihujani dengan nasihat serta larangan daripada peminat gara-gara berkongsi foto ketika turun padang ke lokasi bencana banjir walaupun sedang sarat hamil tujuh bulan beberapa hari lalu.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, isteri kepada Syamel yang juga seorang penyanyi itu memberitahu, pada awalnya dia sudah dilarang oleh suami untuk terlibat namun tetap ingin mengikuti misi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa buah lokasi terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.

“Banyak komen yang memberitahu saya tidak perlu pergi kerana mengandung. Terima kasih atas keprihatinan terhadap keselamatan saya. Saya pergi ke tempat yang sudah surut.

“Jujurnya suami tak beri saya pergi tetapi hati saya betul-betul nak sangat melihat situasi di sana. Saya pun tidak keluar kemana-mana dan hanya duduk dalam lori, itupun sudah cukup buat saya gembira,” jelasnya dalam satu hantaran InstaStory.

Tambah penyanyi lagu Boneka itu, niatnya berada di lokasi banjir kerana sifat prihatin dan ingin melihat situasi sebenar yang dilalui oleh golongan terjejas.

“Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya saya dapat melihat sedikit keadaan di sana. Masing-masing ada cara tersendiri.

“Tidak kira cara macam mana bantu sekalipun, niat itu hanya Allah SWT sahaja yang perlu tahu,” katanya lagi.

Katanya lagi yang kini hamil bayi perempuan, dia akan lebih berhati-hati dalam setiap aktiviti yang dilakukan selepas ini.

“Insya-Allah saya akan berjaga-jaga selepas ini. Memang itu sekali sahaja saya pergi dan selebihnya serahkan kepada suami.

“Syukur Allah beri kekuatan hari itu untuk saya. Kisah ini bukan mengenai saya tetapi tentang banjir yang lebih penting.

“Tidak kisa apa sahaja cara kita, doakan yang baik-baik,” tuturnya.

Kosmo! pada 22 Disember lalu melaporkan Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, yang turut ditemani Syamel berkongsi kegiatan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa buah lokasi terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.

Perkongsian tersebut mengundang rasa risau dalam kalangan peminatnya kerana dia turut menyertai misi bantuan banjir walaupun sedang hamil anak sulung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI