fbpx

Rambut cepat panjang waktu hamil, Park Shin-hye rimas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK SHIN-HYE

MUNGKIN ramai dalam kalangan peminat tahu tentang kehamilan aktres jelita Park Shin-hye.

Terbaharu, dia ada memuat naik sebuah hantaran berupa gambar swafoto dan kapsyen mengenai kehamilannya dalam Instagram untuk dikongsikan kepada peminat.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon drama popular Sisyphus The Myth itu turut berkongsi perubahan yang dilalui sepanjang kehamilannya.

Kongsinya, sepanjang hamil, dia perasan rambutnya tumbuh dengan begitu cepat sehingga membuatkan dia mula berasa rimas dengan keadaan tersebut.

“Rambut saya semakin panjang dan panjang,” tulisnya dalam kapsyen pada hantaran tersebut.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat dan pengikut terutama dalam kalangan wanita memberitahu perkara tersebut adalah normal bagi mana-mana ibu mengandung.

“Betul, jika anda mengandung, rambut memang akan cepat tumbuh dan panjang daripada kebiasaan,” tulis salah seorang netizen.

Sekadar info, Shin-hye bakal berkahwin dengan pelakon kacak, Choi Tae-joon pada Januari tahun depan secara tertutup.

Pasangan itu menjalin hubungan cinta selama lima tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin selepas Shin-hye disahkan hamil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI