fbpx

Ramai sukarelawan diperlukan – Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA juga antara selebriti yang turun padang membantu membersihkan rumah mangsa terjejas banjir di Hulu Langat.

PETALING JAYA – Mengakui hatinya terkesan dengan situasi banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengambil inisiatif tampil membersihkan rumah mangsa terjejas di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat semalam.

Merumuskan banyak lagi barang keperluan diperlukan, pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd. Razali, 29, itu memberitahu pasukan sukarelawan sangat diperlukan di kawasan bencana ketika ini bagi membantu dalam proses pembersihan.

“Hasil pemerhatian saya di Hulu Langat ialah bantuan pakaian dan air mineral sudah banyak tetapi tenaga daripada pasukan sukarelawan sangat diperlukan ketika ini.

“Semua itu bagi membantu pak cik dan mak cik di sana untuk membantu mengemas rumah mereka. Maklumlah mereka sudah berusia dan tidak larat untuk membasuh rumah sendiri,” katanya.

Tambah pelantun Pematah Hati itu, dia juga sangat memandang tinggi usaha para sukarelawan yang hadir ke setiap lokasi bencana.

PENYANYI ini menyeru lebih ramai turun padang menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir terutama untuk golongan tua.

“Tidak kisahlah di mana anda hendak lakukan misi sukarelawan, yang penting bantu mengikut kemampuan. Ini masa mereka, waktu kita nanti insya-Allah ada orang lain pula yang bantu.

“Terakhir sekali, kepada semua sukarelawan yang membantu mangsa banjir kali ini, anda memang kacak!” ujarnya lagi.

Selain Nabila, turut kelihatan beberapa selebriti tanah air lain yang turut bersama-sama memerah keringat membantu golongan terjejas seperti Wany Hasrita dan Ara Johari.

Untuk rekod, pada 18 Disember lalu, negara dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri dan antara paling terjejas ialah Selangor, Pahang dan Melaka.

Sehingga kini,Sebanyak 35 maut dan lapan lagi dikhuatiri hilang dalam insiden banjir yang melanda tiga negeri sejak Jumaat lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI