fbpx

Penangguhan turut libatkan sekolah swasta – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan penangguhan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 terpakai bagi semua institusi pendidikan bawah KPM dan semua sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan.

KPM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pengoperasian bagi sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat pula adalah mengikut kalendar persekolahan masing-masing.

Menurutnya, bagi tadika yang berdaftar di bawah KPM, pengoperasian dibenarkan mulai 2 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan B.

“Institusi pendidikan di bawah KPM dalam kenyataan media ini adalah merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru,” katanya.

Katanya, KPM juga menyarankan agar ketetapan itu turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.

Jelasnya lagi, sehingga hari ini, terdapat 475 buah institusi pendidikan di seluruh negara yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ditenggelami air. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI