fbpx

NASA lantik paderi untuk persiap manusia hadapi makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASA melantik 24 orang ahli teologi untuk mempersiapkan manusia menghadapi makhluk asing. - Splashnews.com

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melantik seorang  paderi dan sebilangan pakar agama lain untuk membantu mempersiapkan manusia bagi pertemuan dengan makhluk asing, lapor akhbar Daily Star semalam.

Agensi itu melantik 24 ahli teologi yang merupakan sebahagian daripada rancangan untuk mengetahui bagaimana agama-agama yang berlainan di dunia memberi reaksi tentang makhluk asing.

Menurut kamus Collins, ahli teologi ialah seseorang yang mengkaji tentang Tuhan, agama dan kepercayaan agama.

Antaranya termasuk Dr. Andrew Davison yang merupakan ahli teologi dari  Universiti Cambridge.

Punca NASA mengupah pakar-pakar berkenaan adalah kerana terdapat kemajuan dalam usaha manusia untuk mencari kehidupan lain di alam semesta.

Pelbagai misi baharu dijangka   akan meningkatkan lagi pemahaman manusia tentang angkasa lepas termasuk Teleskop James Webb yang akan dilancarkan pada malam menjelang  Hari Krismas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI