fbpx

Menteri diarah batal percutian bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob .

BENTONG – Menteri Kabinet yang sedang atau bercadang untuk bercuti diarah membatalkan percutian mereka dan pulang segera ke tanah air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, menteri perlu membatalkan percutian mereka sehingga masalah banjir selesai sepenuhnya.

“Mereka (menteri) yang masih belum bercuti atau sebagainya, batalkan percutian masing-masing sehingga selesai semua masalah banjir ini.

“Menteri yang ada di luar negara yang boleh balik, balik segera supaya kita bersama-sama dengan rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI