fbpx

MBI hantar petugas, jentera bantu pembersihan di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada anggota pasukan khas misi bantuan banjir MBI yang dikerah bagi membantu kerja-kerja pembersihan akibat banjir di Bentong, Pahang.

IPOH – Sepasukan 24 kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah ditugaskan mengikut penggiliran bagi membantu pihak Majlis Perbandaran Bentong dalam operasi pasca banjir di Bentong, Pahang.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pasukan tersebut bersama jentera dihantar bagi melakukan operasi pembersihan terutamanya di pekan Bentong selepas air banjir surut.

“Pasukan khas misi bantuan banjir MBI disertai 24 petugas telah digerakkan ke Bentong, selama tiga hari bagi menggantikan anggota MBI yang telah balik dari misi terdahulu.

“Pasukan ini akan menjalankan kerja-kerja pembersihan lumpur dan longkang. Ia adalah sebahagian daripada komitmen MBI dalam membantu negeri-negeri yang terjejas akibat banjir sebagaimana saranan Menteri Besar Perak,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini.

Misi bantuan tanpa sempadan itu turut melibatkan aset-aset MBI seperti lori, lori pengangkut sampah dan jengkaut bagi melaksanakan tugas pembersihan dengan lebih berkesan.

Selain Pahang, MBI turut menghantar seramai 23 kakitangan dan anggota penguat kuasa bagi membantu Majlis Perbandaran Kuala Langat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI