fbpx

Lelaki warga emas rogol kambing betina dijel 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaari dibawa anggota polis ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

HULU SELANGOR – Perbuatan jijik seorang warga emas yang tergamak menjadikan seekor kambing betina tempat melempiaskan nafsu, akhirnya berbalas apabila dia dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu di sini sebentar tadi.

Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Shaari Hasan, 60, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut pada sebutan semula kesnya.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 28 Julai lalu selain mahkamah memerintahkan tertuduh dibawah pengawasan polis selama setahun selepas keluar dari penjara.

Mengikut pertuduhan, Shaari yang juga seorang duda itu didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan iaitu seekor kambing betina di belakang sebuah rumah, Kampung Sungai Buaya, Rawang di sini pukul 1.30 petang pada 27 Julai lalu (2021).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Ketika prosiding sebelum hukuman dijatuhkan semasa ditunjukkan gambar-gambar barang kes, tertuduh mengakuinya. Antara gambar itu ialah tempat kejadian dan kambing yang terlibat dalam kes ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya hakim apakah punca kematian kambing tersebut, pihak pendakwaan kemudian memaklumkan kambing itu mati disebabkan kegagalan paru-paru.

Terdahulu peguam Muizzudin Schanni Feizal Maurice Feizal memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dari tarikh tangkap dengan alasan tertuduh menyesal dengan perbuatannya selain hukuman berpatutan terhadap tertuduh.

“Tertuduh merupakan warga emas dan tinggal sebatang kara, memandangkan seksyen ini memperuntukkan hukuman sebat, mohon hukuman itu (sebat) tidak dikenakan berikutan tertuduh merupakan seorang warga emas,” kata peguam itu.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Khairun Nisa Noor Harun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Pada Julai lalu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki warga emas sanggup menjadikan seekor kambing betina sebagai tempat melempias nafsu dalam satu kejadian di Hulu Selangor.

Kejadian tersebut disedari seorang wanita tempatan berusia 45 tahun yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya kira-kira pukul 1.30 tengah hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI