PETALING JAYA – Laluan Karak ke Temerloh di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 bagi kedua-dua hala masih ditutup ekoran banjir.
Menurut kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Facebook, kawasan laluan yang telah dibuka semula di LPT1 adalah laluan Chenor ke Temerloh.
“Manakala, laluan Kl ke Karak sudah boleh dilalui sepenuhnnya, namun pengguna diminta berhati-hati di laluan kontra KM 77.1 hingga KM 74.8 Timur.
“Untuk ke Pekan Karak, orang ramai perlu membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Karak,” katanya.
Sementara itu, LLM turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan patuhi arahan petugas dilokasi. – K! ONLINE.