fbpx

Harleein sedia buru lebih banyak gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARLEEIN (tengah) ceria bersama trofi kemenangan selepas menjuarai kategori bawah 13 tahun Terbuka Remaja Amerika Syarikat (AS) di Pennsylvania, Philadelphia.

BINTANG skuasy dalam pembikinan, Harleein Tan mahu me­nyasarkan lebih banyak kejuaraan pada masa depan selepas berjaya menjuarai ka­tegori bawah 13 tahun (B-13) pada Terbuka Remaja Amerika Syarikat (AS).

Pemain kelahiran Negeri Sembilan itu ditabalkan sebagai juara selepas menewaskan Maya Mandour dari Mesir 11-6, 8-11, 13-11, 11-6 pada aksi final di Pennsylvania, Philadelphia baru-baru ini.

Harleein, 12, menganggap kejayaan itu amat bermakna buat dirinya selepas hampir dua tahun tidak dapat menyertai sebarang pertandingan di luar negara disebabkan pandemik Covid-19.

“Saya sangat gembira apabila berjaya meraih gelaran hebat ini. Menjuarai gelaran USJO (Terbuka Remaja Amerika Syarikat) adalah ha­diah Tahun Baharu terbaik buat saya.

“Saya juga amat berterima kasih kepada ibu dan bapa saya kerana memastikan kejayaan ini tercapai walaupun masih dalam keadaan pandemik. Perjalanan saya tidak mudah.

“Sasaran saya yang seterus­nya ialah BJO (Terbuka Remaja Britain bulan depan) untuk ka­tegori B-15. Saya akan berlatih dengan lebih gigih sekemba­linya saya ke Malaysia nanti,” katanya ketika dihu­bungi ­Kos­mo! semalam.

Ia adalah gelaran kedua dalam karier Harleein selepas terdahulu menjuarai kategori B-11 Terbuka Remaja Britain di Birmingham tahun lepas.

Kejayaan Harleein dan prestasi ditunjukkan beberapa lagi pemain muda B-15 membuktikan Malaysia tidak ketandusan pelapis untuk menyinar di pentas antarabangsa pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI