fbpx

Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 60,050

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Taman Sri Nanding, Hulu Langat yang melakukan kerja-kerja pembersihan di kediaman masing-masing selepas dilanda banjir mengakibatkan kerosakan harta benda ketika tinjauan banjir di sekitar Hulu Langat. - Foto oleh AMIR KHALID

PETALING JAYA – Seramai 60,050 mangsa banjir daripada 16,068 keluarga dicatatkan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan setakat pagi ini.

Jumlah ini menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu seramai 68,285 direkodkan.

Bagaimanapun, menurut laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara, jumlah mangsa di Pahang adalah paling tinggi dan masih meningkat melibatkan 34,351 di sembilan daerah.

“Manakala, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan penurunan ketara dengan jumlah mangsa seramai 22,495 dan 47 orang.

“Turut mencatatkan penurunan membabitkan kawasan di Perak (153), Negeri Sembilan (151), Melaka (114) dan Kelantan (1402),” katanya.

Sementara itu, sebanyak 371 Pusat Permindahan Sementara (PPS) masih aktif bagi menampung mangsa banjir yang masih terkesan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI