fbpx

Banjir: Boleh buat penjadualan semula pinjaman MARA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir Khalid

PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju untuk memberikan kelonggaran bagi melakukan penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran kepada mereka yang terkesan akibat bencana banjir.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelonggaran pembayaran juga diberikan kepada peminjam perniagaan termasuk pengecualian bayaran sewa premis perniagaan kepada para peniaga yang terjejas.

“Bagi mereka yang menjadi mangsa banjir dan terkesan dengan bencana itu, mereka boleh memohon kelonggaran tersebut dengan menghubungi Pejabat MARA Negeri atau Daerah berhampiran.

“Insentif ini merupakan tanda keprihatinan MARA terhadap kepayahan dan kerugian yang ditanggung oleh penerima kemudahan yang terjejas akibat bencana tersebut” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihak MARA tidak akan meneruskan sebarang tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam kemudahan MARA yang terkesan manakala bagi penyewa premis perniagaan MARA pula, pertimbangan pengecualian bayaran sewa adalah berdasarkan kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh penyewa.

“Saya berharap insentif ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban peminjam terutamanya usahawan dalam memulihkan kembali operasi dan aliran tunai syarikat.

“Kita juga amat bersimpati dengan musibah bencana banjir yang melanda kali ini dan berharap agar semua mangsa yang terkesan dapat bersabar dengan ujian yang terpaksa dihadapi ini,” ujar beliau.

Tambah beliau, mereka yang berkenaan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insentif bencana banjir tersebut dengan melayari laman web https://www.mara.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI