PETALING JAYA – Angka korban akibat banjir di seluruh negara meningkat kepada 41 mangsa termasuk dua kanak-kanak, setakat pukul 8 pagi, pada Jumaat (24 Dis).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, negeri Selangor mencatatkan jumlah tertinggi seramai 25 mangsa melibatkan 17 lelaki dan lapan perempuan.
“Manakala, 15 lagi di Pahang membabitkan lapan lelaki, lima perempuan serta dua kanak-kanak dan seorang lelaki di kelantan.
“Setakat ini, 41 kematian direkodkan dengan empat lagi mangsa ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Acryl, terdapat lapan lagi individu yang masih hilang iaitu tujuh lelaki dan seorang kanak-kanak di Pahang. – K!ONLINE