fbpx

Badan berpusing sebelum melambung atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohamad Sabaruddin (duduk atas kerusi roda) ditemani bapanya, Wan Zakaria ketika membuat laporan di IPD Bachok, Bachok semalam.

BACHOK – Seorang pembantu kedai yang melambung ke atas bumbung sebuah bengkel selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dua minggu lalu tampil membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok semalam.

Dalam kejadian pada 7 Di­sember lalu di Jalan Permatang Piah-Kampung Kolam, Pak Badol di sini, mangsa, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19, patah tangan kiri dan pinggul kiri selepas motosikal Yamaha LC 135 ditungganginya bertembung dengan kereta Honda Civic.

Akibat kecederaan yang dialaminya, mangsa kini terpaksa menggunakan kerusi roda.

Bapa mangsa, Wan Zakaria Wan Daud, 54, berkata, anaknya nekad membuat laporan polis selepas pemandu kereta atau ahli keluarganya langsung tidak ambil peduli atau datang ke rumah untuk berbincang meskipun kejadian menimpa mangsa sudah berlaku dua minggu lalu.

Menurutnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian selama 10 hari termasuk lima hari di Unit Rawatan Rapi.

“Keadaan anak saya amat te­ruk apabila perlu menjalani pembedahan perut untuk memasukkan besi pada tulang pinggul kiri yang patah. Pemandu kereta itu perlu bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa anak saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di IPD Bachok di sini semalam.

Berita berkaitan: [VIDEO] Melambung sampai atas bumbung bengkel

Berita berkaitan: Pemandu kereta rempuh remaja hingga melambung atas bumbung direman 4 hari

Menurut Wan Zakaria, anak­nya memerlukan masa yang lama dan kos rawatan yang tinggi untuk sembuh selain perlu menjalani rawatan susulan.

Sementara itu, Wan Moha­mad Sabaruddin berkata, anggota badannya masih sakit dan perlu banyak berehat, malah dia juga tidak boleh melakukan kerja berat dalam tempoh yang lama.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke gerai makan bapanya selepas membeli ayam sebelum terkejut melihat sebuah kereta berada di laluannya lalu bertembung.

“Saya masih ingat, badan saya berpusing beberapa kali sebelum melambung ke atas bumbung,” ujarnya.

Anggota bomba menurunkan Wan Mohamad Sabaruddin yang melambung ke atas bumbung sebuah bengkel di Jalan Permatang Piah – Kampung Kolam, Pak Badol dekat Kota Bharu, 7 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supe­rintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan pihak­nya telah menerima laporan daripada mangsa semalam.

Sebelum ini, pemandu kereta itu telah diha­dapkan ke Mahkamah Majistret Bachok dan dibenarkan diikat jamin RM17,000 bagi tiga pertuduhan, namun gagal membayarnya dan kini ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI