fbpx

Ayob Khan dilantik sebagai Pengarah JSJN 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

PETALING JAYA – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari depan.

Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Superintendan Ruslan Khalid mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanan PDRM menerusi satu kenyataan hari ini.

Menyusuli pertukaran tersebut adalah Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang akan menggantikan beliau sebagai Ketua Polis Johor.

Pertukaran terakhir membabitkan Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Wan Hassan Wan Ahmad yang akan memangku pangkat Asisten Komisioner (CP) sebagai Ketua Polis Kedah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI