fbpx

Ahli perniagaan bergelar datuk didakwa subahat bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini, di sini, atas dakwaan bersubahat membunuh seorang juruteknik, bulan lalu. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini, di sini, atas dakwaan bersubahat membunuh seorang juruteknik, bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, R Ravi, 53, didakwa bersubahat dengan empat individu yang sudah dituduh sebelum ini dan seorang yang masih bebas untuk membunuh A Vasudevan, 39.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Springhill, antara pukul 5.40 pagi hingga 9.45 pagi, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret V Vanita.

Tiada jaminan ditawarkan oleh Timbalan Pendakwaraya, Fatin Nur Athirah Zainuddin bagi pertuduhan terbabit.

Tertuduh diwakili dua peguam diketuai Datuk Geethan Ram Vincent.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, 23 November lalu, media melaporkan dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh, menculik serta menyamar sebagai anggota polis di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut.

Tiada pengakuan direkodkan bagi kesalahan membunuh dan melarikan bagi kedua-dua tertuduh, M.Murugan, 44, yang merupakan seorang ketua pengawal keselamatan dan Wong Yon Kuan, 43, penganggur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI