fbpx

‘Abang Viva’ menuju ke Pahang, digelar Wira banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azwan diberi gelaran ‘Wira Banjir’.

PETALING JAYA – Sejak kejadian bencana banjir yang berlaku di seluruh negara pada Sabtu lalu, pelbagai kisah tular di media sosial menyentuh hati orang ramai.

Nama Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ menjadi perhatian di media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Lembah Klang untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Difahamkan, Azwan yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva sambil membawa sebuah bot miliknya hanya berbekalkan RM50 hingga digelar sebagai ‘Wira Banjir’.

Menurut perkongsian orang ramai di media sosial, mangsa banjir yang diselamatkan Azwan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.

Terbaharu, menerusi sebuah hantaran yang dikongsi di laman sosial oleh Rahim Rahim berkata, nama Azwan juga disebut oleh khatib Masjid negara hari ini.

“Abang Viva sekarang menuju ke Pahang pula, hanya berbekalkan roti dan air untuk alas perut, namun tetap kental menyelamatkan mangsa banjir,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI