fbpx

23 nelayan Vietnam dicekup ketika curi hasil laut negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairun Dalilah (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian ikan yang ditangkap secara haram oleh nelayan asing warga Vietnam di Jeti APMM Kelantan, Pasir Puteh hari ini. - Foto oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot nelayan yang dinaiki 23 asing warga Vietnam yang didapati menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram di lokasi 86 kilometer dan 90.4 kilometer dari Kuala Tok Bali di sini, Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata, bot pertama yang dinaiki seramai 17 awak-awak dan seorang tekong ditahan pada pukul 1.30 tengah hari.

Menurutnya, bot kedua pula ditahan pada pukul 2.15 petang yang dikendalikan oleh empat awak-awak dan seorang tekong kira-kira 4.4 kilometer dari bot pertama.

“Menerusi Ops Kuda Laut yang dijalankan APMM Kelantan, kita telah menahan kesemua 23 nelayan asing berusia 18 hingga 47 tahun itu yang didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pemeriksaan awal mendapati kedua-dua bot itu tidak memiliki permit menangkap ikan di perairan negara mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat APMM Kelantan, Tok Bali di sini hari ini.

Menurut Khairun Dalilah, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot, hasil ikan seberat 1,000 kilogram, minyak diesel sebanyak 1,700 liter dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM3 juta.

Katanya, bot bersama nelayan asing itu tiba ke jeti operasi APMM di sini pada pukul 10 pagi semalam untuk siasatan lanjut selepas mengambil masa selama 20 jam pelayaran.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 16(3) akta yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI