fbpx

2 sungai di Pahang masih di paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua sungai di Pahang melibatkan daerah Bera dan Maran masih berada pada paras bahaya setakat pukul 11 pagi hari ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan berkata, amaran bahaya itu melibatkan Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera , Sungai Pahang di Water Front, Sungai Kundang dan Sungai Pahang di Lubuk Paku.

“Sementara itu, peringkat amaran turut dikeluarkan membabitkan daerah Pekan di kawasan Paloh Hinai dan Lubuk Pasu di Temerloh.

“Orang ramai dan penduduk dinasihatkan bersiap sedia dan sentiasa waspada dengan keadaan cuaca,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI