fbpx

11 mayat bot karam dibawa pulang sejak semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mayat mangsa bot karam warga Indonesia yang ditemui mati lemas di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.

JOHOR BAHRU – Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru di sini telah melakukan pengecaman terhadap 11 warganegara Indonesia yang maut akibat bot pancung dinaikinya mereka karam di Tanjung Balau, 15 Disember lalu.

KJRI Johor Bahru dalam satu kenyataan memberitahu, proses penghantaran mayat mangsa telah mula dilaksana semalam melalui laluan laut dengan menaiki kapal patrol polis Indonesia, KP Laksmana – 7012.

“Proses serah terima dilaksanakan di Pelabuhan Johor Pasir Gudang, Johor dari KJRI Johor Bahru kepada Satgas Misi Kemanusiaan Internasional yang terdiri dari Kementerian Luar Negeri dan Polis Republik Indonesia.

“KJRI Johor Bahru menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pihak terkait atas kerja sama dan bantuan untuk memulangkan jenazah warganegara Indonesia tersebut ke Indonesia,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya lagi, KJRI Johor Bahru turut menasihati warganegara itu yang mahu bekerja di Malaysia agar menggunakan laluan perjalanan yang sah demi agar tidak membahayakan diri dengan kejadian yang tidak diingini.

Pada 15 Disember lalu, sebuah bot pancung dinaiki seramai kira-kira 50 warganya Indonesia karam akibat dipukul ombak ketika cuaca buruk berhampiran pantai Tanjung Balau, di Kota Tinggi.

Akibat kejadian itu, hanya 14 daripada mereka selamat manakala yang lain sama ada ditemuinya lemas ataupun masih hilang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI