SHAH ALAM – Sebanyak 10 laluan masih ditutup di sekitar Selangor susulan dinaiki air setakat pukul 10 pagi ini.
Ini melibatkan lapan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) meliputi Subang Jaya, Kuala Langat, Sepang, Hulu Selangor, Petaling Jaya, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sungai Buloh.
Berikut adalah senarai laluan tersebut.
IPD Subang Jaya
– Lorong Ikan Haruan, Ikan Puyu, Ikan Seluang Kg Bukit Lanchong, Putra Heights.
IPD Kuala Langat
– Jalan Olak Lempit ke KLIA.
IPD Sepang
-Jambatan FT 31 Dengkil – Banting
IPD Hulu Selangor (1)
-Jalan Kuala Kubu Bharu – Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan sahaja.
IPD Petaling Jaya
-Jambatan Jalan Menghala ke Lapang Sasar, Subang (Jambatan rosak akibat banjir)
-Jalan PJU 7, Hadapan MRT, Mutiara Damansara (Jalan berlubang akibat banjir)
IPD Sabak Bernam
– Jalan Sg Panjang – Tanjung Malim.
IPD Kuala Selangor
– Jalan Kuala Selangor – Meru
– Jalan Kuala Selangor – Bestari Jaya.
IPD Sg. Buloh
– Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra