PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat bagi tujuh negeri di beberapa kawasan yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, kesemua kawasan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka bakal berdepan dengan cuaca buruk pagi ini.
“Di Selangor kawasan yang terlibat ialah Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan kawasan yang dijangka terlibat ialah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.
“Selain itu, ramalan yang sama melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor,” katanya di sini hari ini.
Begitu juga beberapa kawasan di Sarawak iaitu Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Selangau Mukah, Bintulu dan Tatau.
Manakala bagi Sabah kawasan terlibat Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kudat , Kinabatangan dan Pitas. – K! ONLINE