fbpx

‘Status janda bukan unjuran’ – Suami Oktovia Menrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS pemain bola sepak Melaka United, Khairul Efsan selamat bergelar suami kepada pelakon, Oktovia Menrose 21 Disember lalu. - Foto: MUHAMAD IQBAL ROSLI

PETALING JAYA – Bergelar suami kepada seorang wanita yang berstatus ibu tunggal atau janda bukan satu masalah buat suami kepada pelakon Oktovia Menrose iaitu Khairul Efsan.

Kata Khairul atau nama sebenarnya, Mohamad Khairul Efsan Mdisa, 31, dia sebenarnya sudah lama mengenai Oktovia iaitu sejak tahun 2015, namun perhubungan mereka terputus di tengah jalan sebelum sah bergelar suami isteri Selasa lalu.

“Waktu mula-mula kenal sekitar 2015, menang tiada perasaan langsung, hanya kawan. Dalam tempoh perkenalan juga, hubungan kami pernah terputus sekitar 2017 hingga 2020.

“Baru tahun ini kami dipertemukan semula barangkali atas ketentuan Ilahi. Enam bulan kenal ‘semula’ dan kami terus rancang nak berkahwin. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

“Bagi saya, status (ibu tunggal) Oktovia bukan unjuran. Apabila dah berkenalan, dah click (serasi), kami terus putuskan nak halalkan perhubungan.

“Sebab kami pun memang dalam fasa yang serius dalam kehidupan. Dari segi karier dan hidup. Jadi, mengapa perlu tangguhkan benda yang baik,” kata Khairul.

Pasangan mempelai itu ditemui Kosmo! Online usai pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall kelmarin.

Khairul yang merupakan bekas pemain bola sepak kelab Melaka United turut memaklumkan, dia mempunyai hubungan yang cukup baik dengan anak tirinya, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 9. Perkara itu diakui sendiri Oktovia.

“Semestinya saya mengharapkan untuk menjalani kehidupan rumah tangga lebih baik daripada yang sebelum ini.

“Kita kena ‘move on’ dan apa pun, kita perlu memperbaiki diri sendiri. Sebab itulah dah jumpa jodoh sekarang ini, tiada lain kecuali mengharapkan yang terbaik pada masa akan datang,” kata Octovia.

Sekadar informasi, Oktovia yang cukup dikenali menerusi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Mohd. Izat Abdul Rahman pada 2011 namun bercerai empat tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 9 tahun.

Oktovia merupakan anak kedua daripada tiga beradik, hasil perkongsian hidup penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd. Noor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI