fbpx

RNF Racing sedia gegar musim 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN (tengah) bersama pelumba dan kru pasukan WithU Yamaha RNF Racing yang sudah bersedia menghadapi saingan MotoGP pada musim depan. – AGENSI

PRINSIPAL pasukan WithU Yamaha RNF Racing, Datuk Razlan Razali mengakui, pihaknya kini semakin hampir untuk melengkapkan senarai penajaan pasukannya bagi menghadapi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan.

Katanya, ketika ini pihaknya sedang berusaha dengan keras untuk memastikan segala persiapan pasukannya dalam keadaan terbaik sebelum memulakan ujian rasmi yang bakal berlangsung pada 5 Februari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan juga di Mandalika, Indonesia (11 Februari).

“Setakat ini persiapan pasukan agresif terutama memba­ngunkan jentera Yamaha dan jika segalanya berjalan dengan baik kita akan dapat menguji jentera 2022 pada ujian di Sepang nanti.

“Jadi, persiapan kini bukan sahaja melibatkan jentera sahaja malah dari aspek logistik, hospitaliti dan sebagainya turut berjalan serentak untuk memastikan segalanya lengkap sebelum memulakan saingan bagi musim 2022 nanti.

“Apa pun, saya amat berbangga kerana penaja-penaja tahun sebelum ini kekal bersama pasukan baharu ini bagi tempoh tiga tahun akan datang. Terutama penaja tempatan seperti Racing Boy atau dikenali RCB yang kekal bersama pasukan RNF.

“Setakat ini, lebih 85 peratus penaja menyertai pasukan ini dan pasukan akan bekerja keras untuk melengkapkan senarai penaja baharu itu tidak lama lagi.

“Pasukan kita juga terbuka jika ada syarikat tempatan di Malaysia bersedia untuk menjalani kerjasama,” katanya kepada Kosmo!

Antara penaja yang bersama pasukan Razlan ialah syarikat tenaga berpangkalan di Itali, WithU. Selain itu, RNF turut menjalankan kerjasama bersama syarikat Green Power Systems, WRS, Tecnove Custom Trucks, Barracuda dan banyak lagi.

Pada musim depan, pasukan RNF Racing yang mendapat bantuan penuh daripada Yamaha akan menggunakan jentera Yamaha YZR-M1 dan dipacu bersama pelumba berpengalaman seperti Andrea Dovizioso dan juga pelumba Moto3, Darryn Binder yang akan beraksi dalam kelas utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI