PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Pahang, Selangor dan Johor pada waktu petang, hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebooknya memaklumkan cuaca buruk ini melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Di Selangor, kawasan yang terlibat adalah tertumpu di Klang dan Kuala Langat.
“Selain itu, di Johor hanya membabitkan kawasan di Kota Tinggi,” katanya di sini hari ini.
Tambah kenyataan itu, cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 4 petang hari ini. – K! ONLINE