fbpx

PKMM Perak sumbang RM20,000 bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat akibat limpahan air dari sungai.

IPOH – Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri Perak menyumbang sebanyak RM20,000 kepada kerajaan negeri bagi misi membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor.

Yang Dipertua PKMM negeri Perak, Datuk Wira Jamaludin Abdul Rahim berkata, ia sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa-mangsa yang diuji dengan musibah tersebut.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKMM berkata, sumbangan itu juga merupakan tanda sokongan pihaknya pada misi kemanusiaan yang dijayakan oleh kerajaan negeri Perak.

“Sebaik mendapat tahu yang Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengetuai misi bantuan Perak ke Selangor, PKMM negeri Perak juga tidak mahu ketinggalan.

“Jadi, kami setuju sumbang RM20,000 kepada kerajaan negeri Perak, insyaallah jika tiada cukup ahli-ahli PKMM negeri Perak akan membuat sumbangan lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung ke-42 PKMM di sebuah hotel di sini malam tadi.

Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak turut dihadiri Presiden PKMM, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan.

Pada akhir majlis, Jamaludin telah menyerahkan cek sumbangan tersebut kepada Saarani.

Sementara itu pada sidang akhbar, Mohamed Fadzill memberitahu, PKMM turut menyediakan tabung bencana bagi membantu mereka di negeri-negeri yang dilanda musibah banjir.

Katanya, bantuan tersebut bagaimana pun diberi keutamaan kepada ahli-ahli PKMM yang kediaman mereka terjejas teruk di samping juga membantu penduduk terkesan.

“Sebenarnya tabung bencana ini memang sedia ada dan bukan baharu, tujuannya adalah untuk membantu dalam kalangan ahli-ahli kita.

“Semasa pandemik misalnya PKMM telah menggunakan tabung bencana ini bagi menyalurkan bantuan pada orang ramai seperti sumbangan barangan makanan dan sumbangan lain,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI