fbpx

Pemandu lori dituduh rogol anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu lori didakwa merogol anak perempuannya di sebuah rumah di Krubong, Melaka, Mei lalu.

MELAKA – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya, Mei lalu.

Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya berusia 22 tahun yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang (atau hukum agama atau adat atau kebiasaan) yang terpakai kepadanya untuk berkahwin dengan mangsa.

Tindakan itu dilakukannya kira-kira pukul 2 pagi di sebuah taman perumahan di Krubong dalam daerah Melaka Tengah pada pertengahan Mei lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebatan mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.

Difahamkan mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu turut menjadi mangsa seks tertuduh sejak berusia 10 tahun lagi.

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahida Mohamad tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu mahkamah agar jaminan rendah diberikan bagi membolehkannya menguruskan lantikan peguam.

Selepas mendengar hujah kedua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan tarikh 21 Januari tahun hadapan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI